Bengkel Berniaga Secara Digital

18 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Berjaya diadakan Bengkel Berniaga Secara Digital pada 17 Mei 2019 (Jumaat) lepas di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Chengal.
Dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri dari usahawan sekitar daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan lain-lain. Mereka begitu bersemangat dengan membawa produk masing-masing.

Bengkel yang diadakan ini bersempena program komuniti Ramadhan Bersama MAXIS yang dhasil usahasama Pusat Internet Kg Chengal, Ketereh.
Antara modul yang disampaikan adalah pemasaran media social, asas perniagaan internet, praktikal fotografi menggunakan photo mini studio/ photo box yang disediakan penganjur, asas perakaunan dll.

Disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pemasaran dan perniagaan di internet iaitu Saudara Chris merupakan sukarelawan MAXIS HQ Kuala Lumpur.
Seterusnya, majlis penyampaian sijil untuk para peserta usahawan dan majlis berbuka puasa.

Semoga mereka semua mendapat manafaat dari kursus yang diadakan ini dan dapat menjana pendapatan tambahan melalui platform digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas