Kursus Strategi Bisnes di Shopee Untuk Usahawanita
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniBerjaya diadakan kelas strategi rahsia menjual di laman popular Shopee pada 13 April 2019 (Sabtu) lepas di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Chengal. Dihadiri seramai 13 orang peserta terdiri dari usahawan wanita sepenuh masa. Para peserta begitu bersemangat untuk menjadi usahawan di platform Shopee. Kelas secara praktikal terus aplikasi di komputer yang disediakan atau melalui smartphone para peserta masing-masing. Dan para peserta dapat terus sambung gunakan ilmu di smartphone masing-masing dirumah.
Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pemasaran dan perniagaan di internet selama lebih 11 tahun dan Berjaya menghasilkan jualan 4 angka di Shopee, iaitu Encik Mohd Ilham Ruslay. Semoga mendapat manafaat dari kursus yang diadakan ini dan dapat menjana pendapatan tambahan melalui platform aplikasi Shopee ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: