Majlis Berbuka Puasa Bersama Masjid Ketereh
3 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniBerjaya diadakan majlis berbuka puasa Bersama komuniti dengan usahasama Masjid Ketereh. Seramai 100 orang hadir terdiri dari komuniti setempat hadir memeriahkan majlis diadakan di masjid berdekatan Pusat Internet Kg Chengal. Seterusnya, program ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Hj Annuar Musa. Semoga majlis yang diadakan ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Illahi. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: