Majlis Jamuan Akhir Tahun, Tahun 6 Sk Kg Chengal 2018
23 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 November yang lalu telah berlangsungnya Majlis Jamuan Akhir Tahun, Tahun 6 Sk Kg Chengal 2018. Program ini diadakan sempena meraikan para murid-murid Tahun 6 yang telah tamat peperiksaan UPSR dengan jayanya di sekolah tersebut. Program ini berlangsung di Dewan Sk Kg Chengal dan melibatkan semua pelajar tahun 6 dan kakitangan sekolah tersebut.
Dengan adanya program seperti ini, kami bagi pihak Pusat Internet dapat mempromosikan dan memberi maklumat tentang kebaikan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Kg Chengal. Program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara para pelajar, guru-guru Sk Kg Chengal dan staf Pusat Internet.
.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: