PI Tutor Sains
29 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2018 Program PI Tutor diteruskan lagi dan program ini melibatkan para pelajar yang tinggal sekitar Kg Chengal. Program PI Tutor kali ini melibatkan Subjek Sains dan ianya diadakan bertujuan untuk memberi dan menyediakan kemudahan kelas tambahan buat anak-anak Kg Chengal bagi membangkitkan minat untuk belajar dalam kalangan pelajar kerana program yg dijalankan ini tidak melibatkan bilangan yang ramai. Justeru itu, para pelajar berpeluang untuk tampil dan menonjolkan diri dalam kalangan kelompok yang kecil.
Objektif perlaksanaan PI Tutor ini adalah untuk membantu para pelajar dalam menguasai sesuatu matapelajaran disekolah. Program tutor ini dilaksanakan dalam bilangan kuantiti yang kecil bagi memberi tumpuan kepada setiap pelajar yang terlibat.
Sesi Tutor pada kali ini, Proses Hidup Tumbuhan menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti;
- Berlindung daripada musuh
- Penyesuaian Terhadap Iklim dan Musim
- Pencaran Biji Benih
- Kepentingan Pencaran Biji Benih dan
- Kepentingan Tumbuhan
Kaedah P&P yang diterapkan dalam program ini adalah bertemakan santai untuk menarik minat pelajar untuk belajar kerana ketika sesi program ini berlangsung pelbagai aktiviti dimasukkan seperti kuiz online, permainan games pelajaran dan banyak lagi
Kelas yang berlansung Bilik Latihan Pusat Internet Kg Chengal, selama 2 jam bermula dari 10 pagi ini dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: