Kelas ICT Bersama Pelajar Pelajar Sk Kg Chengal Siri 8
17 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2018 telah diadakan program Kelas ICT bersama pelajar SK KG Chengal siri 8. Program ICT ini merupakan kesinambungan aktiviti dan juga latihan yang akan diadakan secara bersiri oleh Pusat Internet Kg Chengal kepada para pelajar dan juga komuniti setempat. Pada sesi pengajaran Kelas ICT pada kali ini, para pelajar diajar membuat surat kiriman rasmi dengan menggunakan microsoft word sepenuhnya.
Para pelajar diberi soalan dan perlu melengkapkan tugasan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Tugasan didalam kelas ini diklasifikasikan sebagai ujian tahap penguasaan para pelajar terhadap microsoft word. Program ini juga dapat memanfaatkan masa pelajar yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: