Bengkel Smart ICT

14 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2018 telah diadakan Bengkel Smart ICT yang merupakan kesinambungan dari bengkel-bengkel yang telah dijalankan sebelum ini dimana para peserta diberikan tugasan dan latihan bagi menilai tahap penguasaan para pelajar. Tujuan Bengkel Smart ICT ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkaitan penggunaan ICT pada tahap yang maksimum. Program Bengkel Smart ICT ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan ICT secara percuma.

Didalam program ini juga, pihak Pusat Internet mengambil faktor perkembangan media teknologi dengan mendedahkan para pelajar dengan kegunaan internet secara meluas untuk mengulangkaji pelajaran secara lebih efektif dan berkesan kerana generasi yang celik Komputer dan IT akan mendatang banyak faedah dalam kehidupan mereka seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas