Program Sayangi Malaysiaku

21 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjejahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 61. Oleh itu program kemerdekaan telah diadakan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

Pada 20 Ogos 2018 telah diadakan Program Sayangi MalaysiaKu yang melibatkan satu kumpulan kecil para pelajar bertempat di Pusat Internet Kampung Chengal. Objektif Program Sayangi MalaysiaKu ini diadakan adalah bertujuan :

Program yang berlangsung pada hari ini mengongsikan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dilaksanakan untuk menarik minat para pelajar kerana dimeriahkan dengan tanyangan video berkaitan kemerdekaan, nyanyian lagu-lagi patriotik yang dipancarkan menerusi skrin besar. Selain tayangan video dan nyanyian, program Sayangi MalaysiaKu ini juga turut mengadakan kuiz kemerdekaan dan pertandingan puzzle Jalur Gemilang yang disertai oleh para pelajar yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas