Program Kepimpinan Perlantikan Pemimpim Muda
04 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 03 Februari 2018 telah berlangsung Program Kepimpinan Perlantikan Pemimpim Muda Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal yang telah diadakan di Pusat Tarbiah Kem Putra Chengal Ketereh. Kem kepimpinan pelajar ini merupakan anjuran Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal dengan kerjasam Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Chengal yang melibatkan seramai 100 orang murid.
Kekaburan peranan dan tanggungjawab pemimpin kecik di sekolah seperti pengawas sekolah menyebabkan tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan amanah dan tepat. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab badan kepimpinan sekolah dengan kerjasama unit kokurikulum untuk mengadakan satu program bagi membawa mereka memahami tanggungjawab sebenar dalam jawatan yang dipikul.
Ada beberapa objektif perlaksaan program ini. Kem Kepimpinan Pelajar ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat dan perwatakan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar Sekolah Rendah. Kem kepimpinan ini juga bertujuan untuk memupuk kemahiran kepimpinan serta sikap positif dalam menangani masalah tingkah laku pelajar di sekolah. Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang kem kepimpinan ini yang menjurus kepada membentuk sifat kepimpinan dan jati diri dalam diri setiap murid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: