Kelas Intensif Bahasa Melayu(Online PROPROFS)
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018 telah diadakan Kelas Intensif Bahasa Melayu (Online ProProfs) yang melibatkan beberapa orang pelajar. Kelas intensif ini bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari dan merupakan kelas intensif khusus untuk pelajar sekolah rendah bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan dan kefahaman para pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu. Kelas ini sepenuhnya menggunakan aplikasi Online ProProfs di mana didalam aplikasi tersebut telah tersedia bahan-bahan pengajaran yang lengkap.
Kelas yang berlangsung pada hari ini mengongsikan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dilaksanakan untuk menarik minat para pelajar untuk belajar secara santai dan berkesan. Umum sedia maklum, teknik main sambil belajar adalah aktiviti spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekperesi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak dan pelajar. Para pelajar akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.
Sehubungan dengan itu, Pusat Internet telah menjalankan permainan Bahasa Melayu yang telah disediakan. Ianya bukan sahaja seronok, tetapi juga berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang melibatkan kemahiran kognitif pelajar dalam menyelesaikan soalan yang terdapat dalam permainan bahasa ini. Permainan ini juga mampu memberikan banyak kosa kata kepada murid dari aspek perkataan yang sama maksud (sinonim) dan sebagainya. Secara langsung, mengukuhkan penguasaan dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu.
Seiring dengan perkembangan media elekrtronik yang berkembang pesat, aplikasi ProProfs ini dilihat dapat membantu para pelajar untuk mengulangkaji mata pelajaran dengan kaedah lebih santai dan menarik, sekaligus meningkatkan keupayaan para pelajar untuk menggunakan internet ke arah yang lebih baik dan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: