Kelas ICT Siri 14

21 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2018 telah diadakan Kelas ICT siri 14 di Pusat Internet Kampung Chengal. Kursus ICT bagi siri ini melibatkan seramai 9 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal. Kursus ini adalah kesinambungan daripada kelas yang sebelumnya. Kelas ICT ini telah dijalankan atas kerjasama bersama dengan pihak Sekolah.

Kelas dimulai dengan penerangan berkaitan KDB, E-Waste dan advokasi oleh staff Pusat Internet yang bertugas. Kelas dijalankan secara teori dan amali dengan melatih para pelajar yang terlibat menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel). Antara objektif lain dan matlamat kelas ini diadakan adalah utnuk meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penghasilan sesuatu dengan menggunakan perisian-perisian tertentu. Di samping itu juga, kelas ini menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas