Kelas ICT Bersama Pelajar SK Kg Chengal Siri 3

27 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2018 telah diadakan program Kelas ICT bersama pelajar SK KG Chengal siri 3. Program ICT ini merupakan kesinambungan aktiviti dan juga latihan yang akan diadakan secara bersiri oleh Pusat Internet KG Chengal kepada para pelajar dan juga komuniti setempat. Melalui Kelas ICT Siri 3 yang ini telah diadakan ini, para pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai apa itu komputer, komponen-kompenannya dan bagaimana ia berfungsi. Program ini juga dapat memanfaatkan masa pelajar yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas