Program Klik Dengan Bijak & Advokasi
15 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2018 telah diadakan Program Klik dengan Bijak & Advokasi bertempat di Pusat Internet Kg chengal. Klik dengan Bijak adalah merupakan sebuag program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Tujuan Program ini adalah bertujuan untuk :
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet.
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Intipati program ini berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara, selari dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni di samping menekankan matlamat mengutamakan aspek keselamatan pengguna kanak-kanak agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat. Antara penekanan yang diutamakan dalam program kali ini adalah mengenai isu-isu utama seperti ketagihan Internet, buli siber, risiko dalam talian dan kesahihan maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: