Google Be Internet Awesome

15 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2018, Pusat Internet Kampung Chengal telah menjalankan sesi latihan menggunakan program literasi digital Google, bertajuk 'Be Internet Awesome', untuk lebih daripada 30 peserta yang hadir mengenai keselamatan Internet.Program ini bertujuan membantu dan membimbing pelajar Maxis eKelas mengenai asas keselamatan dalam talian dan bagaimana untuk menjadi pengguna Internet yang yakin.

Program ini sejajar dengan inisiatif ‘Klik Dengan Bijak’ oleh SKMM yang menyokong penggunaan Internet yang positif dan bertanggungjawab. Sesi latihan yang diadakan ini bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pelbagai alat-alat digital untuk mencipta kata laluan yang selamat, mengelak penipuan dan menghadapi masalah cyberbullying.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas