Interactive Online Learning

13 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pengajaran dan pembelajaran ini semuanya dikatakan ‘era di hujung jari’. Kita boleh belajar membina atau membuat apa saja apabila dihubungkan ke internet. Portal eKelas Maxis telah menyediakan satu platform pendidikan secara digital untuk murid tingkatan 1, 2 dan 3 dan tertumpu kepada tiga subjek utama iaitu sains, matematik dan inggeris.

Segala kemudahan telah disediakan di pusat internet berdekatan dan pelajar hanya perlu hadir dan mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Program ini ditawarkan secara percuma kepada para pelajar yang berminat. Melalui portal ekelas ini, pelajar mendapat akses kepada bahan pembelajaran, menonton video pembelajaran dan melibatkan diri dalam perbincangan dalam talian dari pusat internet, rumah atau dimana sahaja yang dirasakan selesa. Justeri itu, ianya akan menjadikan sistem pembelajaran lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas