Bengkel eUsahawan Pemasaran Digital
11 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2018 telah berlangsung satu bengkel eUsahawan Pemasaran Secara Digital bertempat di Pejabat FAMA Negeri Kelantan. Bengkel eUsahawan ini di adakan selama tiga hari dan para peserta boleh memilih tarikh mengikut kesuaian masa mereka untuk hadir menyertainya. Melalui bengkel ini peserta dikumpulkan di bawah satu bumbung dan berpeluang mendapatkan bimbingan dengan lebih berkesan malah dibimbing oleh tenaga pengajar yang profesional.
Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.
Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Dalam majlis tersebut, kesemua peserta yang hadir akan menerima sijil penyertaan daripada MDEC. Syahril Kamaruddin yang merupakan moderator yang menyampaikan ceramah berkata, beliau yakin bengkel tersebut dapat melahirkan usahawan yang lebih matang dan produk mereka dapat menembusi pasaran global.“Apa yang penting mereka perlu berkenyakinan dan sentiasa memikirkan cara untuk menambah baik produk dan servis yang di keluarkan. Menurut Coach Syahril lagi, adat perniagaan ada jatuh dan bangun, jangan putus asa dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: