Kelas Demo Membuat Kek
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018 telah diadakan Kelas Demo membuat Kek di Pusat Internet Kg Chengal. Bidang masakan ini menawarkan berbagai kerjaya dan sumber pendapatan kepada sesiapa yang berminat dalam sektor ini secara langsung atau tidak langsung. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan kek kepada golongan yang berminat untuk mendalami ilmu membuat kek ini. Melalui kursus yang dianjurkan ini juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan kepada golongan yang terlibat ini.
Pada akhir kursus ini, peserta yang menyertai akan mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah yang betul dalam membuat kek mentega asli. Melalui kursus ini juga, ianya juga diharapkan dapat memenuhi permintaan semasa dan makanan halal yang tinggi, selain merapatkan lagi hubungan antara pihak PI dengan masyarakat luar khususnya masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: