Bengkel "Train The Trainer" Advokasi SK Chengal 2018
21 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2018 telah diadakan program Bengkel “Train the Trainer” Advokasi SK Kg Chengal bertempat di makmal komputer SK Kg Chengal. Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk melatih para guru dan staff PI KG Chengal dalam meningkatkan kualiti pembelajaran online VLE FROG sebagai medium terkini dalam dunia pembelajaran maya yang menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dalam sistem pembelajaran di Malaysia. Program yang diadakan ini sejajar dengan matlamat kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan membangunkan modal insa selain memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: