Annual Conference 2018

20 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Maxis Annual Conference 2018 telah berlangsung selama 4 hari iaitu pada hari Jumaat, 16 November 2018 sehingga hari Isnin, 19 November 2018 di Damai Beach Resort, Santubong, Sarawak. Program ini adalah program yang diadakan secara tahunan. Peserta yang telah menghadiri program ini adalah terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus di Pusat Intenet dibawah seliaan Maxis. Didalam program ini, para peserta telah mengikuti pelbagai program seperti team building, explorace dan Annual Dinner.

Program ini berlangsung selama 4 hari dan telah berakhir dengan jayanya. Progam ini juga dapat megeratkan lagi silaturrahim antara sesama staf Pusat Internet dan para staf juga dapat melakukan perbincangan atau bertanya sebarang permasalahan dan pembaharuan mengenai pengurusan dan penyelenggaraan Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas