Sambutan Hari Malaysia
14 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2018 telah berlangsung majlis sambutan Hari Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal. Kira-kira 500 orang pelajar dan kakitangan yang memeriahkan majlis sambutan tersebut. Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah ini telah dianjurkan bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh beberapa orang guru dan murid. Selain itu juga, majlis dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh para pelajar selain nyanyian yang disertai oleh pelajar yang mewakili tahun persekolahan.
Sambutan Hari Malaysia yang diadakan ini dapat melahirkan semangat cintakan sekolah seterusnya cintakan negara. Selain dapat merapatkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar, sambutan ini ternyata dapat mewujudkan semangat muhibbah dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: