Kelas Ict Siri 12
14 April 2018 | Aktiviti TerkiniDewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer seperti kata kata pepatah alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.
Pada 13 April 2018 telah diadakan program Kelas ICT bersama pelajar SK KG Chengal siri 12. Program ICT ini merupakan kesinambungan aktiviti dan juga latihan yang akan diadakan secara berperingkat bagi pelajar SK Chengal. Program ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar yang terlibat menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel).
Pada sesi pengajaran Kelas ICT pada kali ini pelajar diajar membuat carta bar menggunakan Microsoft Word. Terdapat beberapa jenis carta yang diperkenalkan kepada para pelajar antaranya carta pai, carta bar, carta bergaris dan banyak lagi. Sesi sebelumnya pelajar telah diajar membuat carta pai dan pada sesi kali ini pula, para pelajar diajar membuat carta bar untuk membuat perbandingan data pada beberapa siri data yang diberikan. Pelajar yang terlibat diperkenalkan dengan beberapa model grafik bar untuk dipilih antaranya Clustered Bar, Stacked Bar dan 100% Stacked Bar dalam bentuk 2-D dan 3-D, serta Cylinder Cone dan Piramid dalam bentuk horizontal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: