Majlis Meraikan Kepulangan Wira Negara Pemenang Pingat Emas Sukan Sea 2017
28 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 27 Ogos 2017 telah berlangsungnya Majlis Meraikan Kepulanagan Wira Negara Pemenang Pingat Emas Sukan Sea 2017. Komuniti Kg Chengal telah menganjurkan Majlis Meraikan Kejayaan Atlet Sukan Kuda Lasak yang berasal dari Kg Chengal Ketereh. Majlis yang dianjurkan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Sea 2017.
Majlis yang diadakan ini dapat memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat seterusnya memupuk semangat patriotisme. Kejayaan yang diperolehi ini secara langsung membuka minda bahawa sukan adalah salah satu gaya hidup yang sihat serta memberi faedah kepada kecergasaan fizikal yang seterusnya memanfaatkan organisasi dan negara. Majlis yang dianjurkan ini juga secara tidak langsung akan menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada masyrakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan dan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: