Majlis Pecah Tanah
07 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 MEI 2017 telah diadakan Majlis Pecah Tanah pembinaan padang bola sepak sintetik di SMK Kadok. Program berlangsung pada pukul 11 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Padang Sek Men Keb Kadok. Kebaikan dan kelebihan pembinaan padang ini memberi semangat kepada para belia untuk terus kekal aktif dalam sukan terutama sukan bola sepak. Ia juga dapat memberi keselesaan kepada para peminat sukan bola sepak dalam kawasan Ketereh dengan ada nya padang sintetik pertama di Kelantan. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Hj Anuar Musa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: