Liga Penalti Rakyat Oghe Parlimen Tere
06 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 MEI 2017 telah diadakan liga penalty rakyat oghe parlimen ketereh. Program berlangsung pada pukul 8 pagi hingga 6.00 petang. Acara berlangsung di padang SMK Kadok. Program ini bertujuan bagi menjalinkan hubungan mesra antara pihak PI, pelajar dan ibu bapa. Selaras dengan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan malaysia sebuah 'NEGARA BERSUKAN'. Antara acara yang telah dijalankan ialah pertandingan bola sepak penalti bagi peringkat belia ketereh. Penyampaian hadiah oleh Tan Sri Hj Anuar Hj Musa (Ahli Parlimen Ketereh). Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: