Kursus Pendek Penghasilan Golden Chicken Chop
19 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2017 telah diadakan kursus demontrasi penghasilan golden chicken chop bersama komuniti Kg Chengal dan kawasan sekitar. Program bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari di Pusat Internet Kg Chengal. Program ini adalah untuk mengajar para peserta tentang bagaimana cara penghasilan chicken chop dengan sempuna. Salah satu manfaat yang paling jelas mengambil kursus memasak ini adalah bahawa peserta akan belajar beberapa masakan baru dengan cara yang betul.
Mengambil kursus memasak ini juga akan mengekpos para peserta dengan berbagai jenis masakan dengan teknik teknik masakan yang baru. Kursus masakan yang dianjurkan ini juga dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan keluarga dalam penyediaann makanan seharian apabila para peserta melakukannya sendiri dirumah berbanding berbelanja makan diluar. Kelas yang dianjurkan ini juga sekaligus menggalakkan mereka untuk datang ke PI dan secara langsung pihak PI dapat mempromosikan perkhidmatan yang ada.
Seramai 15 orang peserta yang hadir. Kursus penghasilan chicken chop ini telah mendapat kerjasama antara Kolej Komuniti Pasir Mas. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalam dalam bidang kulinari dan hospitaliti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pendaftaran peserta seterusnya menunjukkan demontrasi untuk menghasilkan golden chicken chop yang sempurna. Para peserta juga diajar cara-cara untuk membuat beberapa jenis sos sebagai resepi tambahan dalam penyediaan chicken chop. Program diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: