Bengkel "Train The Trainer" Advokasi MCMC Negeri Kelantan 2017
13 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2017 telah diadakan Bengkel TTT Advokasi MCMC Negeri Kelantan di Renaissance Hotel Kota Bharu. Bengkel ini dianjurkan oleh MCMC. Kursus melibatkan semua pengurus Dan penolong pengurus PI Kelantan. Dengan mengadakan bengkel seperti ini dapat melatih staff PI sebagai pengajar dalam ICT, advokasi dan keusahawanan untuk diajar kepada komuniti sekitar, dapat berbincang dan berkongsi idea sesama PI dan dapat melahirkan golongan ICT yang lebih berjaya.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kata aluan oleh ketua wilayah kelantan En Mohd Padhli bin Yusoff ( Ketua SKMM Cawangan Kelantan), taklimat rogram jangkauan dan pelan strategi oleh jabatan pelaksanaan jangkauan, taklimat advokasi dan ICT volunteer, taklimat oleh PDRM, taklimat oleh mcmc dan aktiviti di dalam kumpulan, taklimat pengawasan ibu bapa di internet, minum petang dan bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: